Wednesday, June 24, 2009

Sukan Perak


oleh rmf


Sukan Perak atau SUPER telah dilancarkan pada tahun 2001 bertempat di Ipoh Perak. Didalam sukan ini semua acara dipertandingkan untuk memilih, mengenal pasti bakat bakat yang boleh diketegahkan untuk menaikkan nama Negeri Perak di persada sukan Malaysia.


Logo Sukan Perak

Pada Sukan Perak V terdapat banyak perubahan yang telah berlaku didalam pengendalian acara. adalah difahamkan bahawa setiap Daerah telah ditawarkan sekurangnya dua acara untuk di pertandingkan didalam daerah mereka. Penglibatan Jabatan Belia dan Sukan , Majlis sukan Daerah dan Pejabat Daerah kali ini telah menunjukkan beberapa kelemahan yang amat ketara sehingga memberikan kesan yang amat didalam kelancaran sistem pengurusan yang dikendalikan. Sepanjang Sukan Perak yang berlansung rata-rata pihak pengurus tidak berpuas hati dengan pengurusan yang telah dijalankan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

Diharapkan pada masa akan datang, Pengendalian atau pengurusan hendaklah dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang mempunyai pengalaman dan boleh menerima pandangan dari pengurus-pengurus pasukan.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Tuesday, June 23, 2009

Gambar Pasukan


Pengurusan dan Kejurulatihan

Oleh rmf

Pengurusan dan Kejurulatihan


Nor Rashid bin Untung
Jurulatih Kebangsaan (Ketua Jurulatih)
Berpengalaman- 20 tahun

Pekerjaan - Guru

Jawatan dalam Persatuan
Naib Yang Di Pertua 1




Redzuan bin Mohamed Junid
Jurulatih Negeri Perak (Jurulatih)
Berpengalaman 13 tahun

Pekerjaan - Propietor
Jurulatih Pembangunan Bola Tampar (Skill)

Jawatan dalam Persatuan
Pen. Setiausaha

Keratan Akhbar

Oleh rmf


Ahli Parlimen Parit taja Sport Unite
untuk sekolah sekolah seluruh Daerah Perak Tengah.

Beliau adalah seorang Yang DiPertua Persatuan Bola Tampar Daerah Perak Tengah dan merupakan salah seorang yang banyak membantu didalam pembangunan bola tampar Daerah Perak Tengah.

Pencapaian Pemain

oleh rmf

Pencapaian pemain generasi ketiga

Sepanjang tempoh penubuhan pasukan generasi ketiga, banyak pencapaian yang telah di kecapai oleh pasukan, pencapaian ini termasuk pengiktirafan pemain di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Diantara pencapaian terbaik pasukan Daerah Perak Tengah dibawah kategori 18 tahun lelaki dan perempuan ialah:
Peringkat Daerah
  • Menjadi johan Daerah sebanyak 11 kali berturut-turut 1996-2007

Peringkat Negeri

Seramai 9 orang pemain telah mewakili Negeri Perak ( 7 Lelaki / 3 Perempuan ) dibawah kategori bawah 18tahun / 16 tahun / 12 tahun

  • Faizul bin Zabari
  • Mohsein Moheidin
  • Khairul Nizam
  • Saiful Muzamir
  • Mohd Farid
  • Rohayu
  • Norli
  • Jawariah
  • Sariffuddin
  • Osman bin Ramli

Peringkat SUKMA

Seorang telah terpilih mewakili Negeri Perak di peringkat Sukan Malaysia ( SUKMA)

  • Faizul bin Zabari

Peringkat Kebangsaan

Seorang telah terpilih mewakili Malaysia ke Vietnam - Sukan diantara Universiti Asean

  • Faizul bin Zabari.

Pemain Terbaik Daerah

  • Faizul bin Zabari - Spiker
  • Mohsein bin Moheidien - Spiker
  • Mohd Daud bin Ramli - Setter
  • Isa bin Mohamad - Setter
  • Mohd Saifullah bin Mohd Baki - Labero